Saturday, February 23, 2008

Untuk Renungan

Salam bertemu kembali kita di blog saya ini.Kali ini saya ingin membuka minda anda seketika untuk berfikir lebih jauh tentang kehidupan kita.
Pernahkah anda terfikir tentang kehidupan yang bakal kita tempuhi pada masa akan datang?Adakah kehidupan kita bertambah selesa?ataupun masih ditakuk lama?atau menjadi lebih kritikal??
Tahukah anda semua bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat statistik bahawa bagi setiap pemegang akaun EPF yang bersara pada umur 55tahun,duit simpanan EPF mereka hanya boleh bertahan selama 3-5tahun sahaja.Ini bukan gurauan...statistik ini benar2 dibuat oleh Kerajaan Malaysia!
Jika keadaan ini berlaku,maka sesiapa pemegang akaun EPF perlu ini perlu bekerja semula setelah bersara selama tempoh tadi.Pernahkah anda terfikir tentang hal ini?kenapa tidak kita mempersiapkan diri kita untuk masa depan dari sekarang?terpulang pada anda kerana masa belum terlambat untuk kita bangkit dari mimpi dan keluar dari "COMFORT ZONE".
Kenapa keadaan ini berlaku??ini adalah disebabkan para pencarum EPF tadi tidak melakukan persiapan sebelum menghadapi persaraan seperti menyimpan wang atau melabur wang mereka supaya duit yang mereka ada dapat digandakan dan boleh digunakan lebih lama lagi.Tapi,pada pendapat saya,lebih baik duit kita yang ada untuk persaraan tadi dilaburkan untuk digandakan dan digunakan lebih lagi.
Kenapa?Kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan rakyatnya menggunakan duit EPF akaun 1 untuk melabur(dlm unit trust)??
Hakikatnya kerajaan tidak mahu rakyatnya terjadi pada golongan diatas tadi.
Dimana duit anda disimpan??adakah dibank yang memberi pulangan lbh 2-3% setahun??atau di Tabung Haji sebanyak 5% atau di KWSP sebanyak 6% atau di ASB/ASN sebanyak 8-9%??
Tahukah anda bahawa kadar inflasi kita semakin hari semakin meningkat??kadar inflasi terbaru yang di umumkan oleh kerajaan ialah 4%.Sebenarnya pada hakikatnya lebih dari itu.Jadi,adakah pulangan simpanan kita tadi dapat menampung kadar inflasi kita tadi dan memberikan kita 'extra money' untuk disimpan pada hari tua??of course tidak!
Thats why kerajaan kita membenarkan rakyatnya menggunakan akaun 1 masing-masing untuk melabur pada Unit Trust.Kerana apa??kerana hanya Unit Trust jalan yang selamat dan dapat menggandakan wang anda dengan cepat berbanding senarai yang saya katakan tadi.Average,Unit Trust dapat memberikan pulangan lebih kurang 18%!So,adakah ianya dapat membantu untuk menampung kadar inflasi yang semakin hari semakin tinggi??jawapannya YA!
So,fikir2kan la apakah jalan yang perlu kita buat untuk masa depan kita nanti.

No comments: